Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin & Tahlil
Terima kasih kepada YBhg.Dato' Sr Dr Haji Mohd Mazlan bin Haji Che Mat (Ahli Lembaga Pengarah YAATIM) dan isteri di atas undangan ke Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin & Tahlil yang diadakan di kediaman beliau.
Undangan dihadiri oleh semua anak-anak putera dan puteri Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan -Laman Rasmi bersama beberapa kakitangan YAATIM. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.
Pihak YAATIM mendoakan agar YBhg.Dato' Sr Dr Haji Mohd Mazlan bin Haji Che Mat dan keluarga sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah SWT


