YAATIM CARES 2024 (Bantuan Pasca-Banjir Kepada Keluarga Pelajar Tanggungan YAATIM)
Alhamdulillah pada tarikh tersebut, pihak YAATIM dan Encik Mohamad Akib bin Baharom selaku CEO Ain Aquaculture Sdn Bhd merangkap Koordinator Rumah Putera Harapan telah berpeluang menziarahi 14 buah keluarga pelajar yang berada di bawah tanggungan YAATIM yang mana telah diuji dengan banjir baru-baru ini.
Program yang diberi nama YAATIM CARES ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit.
Diharapkan, sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban keluarga tersebut untuk memulakan hidup baru yang lebih selesa dan bahagia.


