Kursus Kepimpinan Berkualiti Dalam Konteks Malaysia Madani Tema : Keunggulan Sahsiah, Kecemerlangan Akademik dan Kemantapan Kemahiran Membentuk Insan Al-Falah
Tema : Keunggulan Sahsiah, Kecemerlangan Akademik dan Kemantapan Kemahiran Membentuk Insan Al-Falah
Alhamdulillah, Kursus Kepimpinan Berkualiti Dalam Konteks Malaysia Madani telah berjalan dengan lancar selama 3 hari 2 malam di Tanjung Demong Beach Resort. Kursus ini disertai oleh 34 orang kakitangan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan -Laman Rasmi termasuk Ketua Eksekutif YAATIM iaitu Tuan Haji Mukhtar Bin Haji Ismail.
Antara pengisian kursus ini adalah Bengkel Pembangunan Insan Al- Falah yang dipecahkan kepada tiga program iaitu Program Pemantapan Pendidikan, Program Kemahiran Pelajar dan Program Tarbiah Pelajar.
Pengisian slot ceramah turut menjemput Ustaz Haji Zamri Bin Zainal Abidin (Ketua Pegawai Eksekutif YADIM), Prof. Madya Dr.Mohd Zarawi Bin Mohd Noor (Pensyarah Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM), YBhg. Dato' Hadzir Bin Md Zin (Mantan Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri) dan tazkirah selepas solat maghrib & subuh juga diselitkan sepanjang kursus berlangsung.
Objektif kursus adalah untuk pemantapan diri dan pembinaan staf yang berkualiti serta percambahan minda dalam usaha membangunkan pelajar jagaan YAATIM,membentuk sahsiah pelajar yang unggul, akademik yang cemerlang dan memantapkan ilmu kemahiran serta membina daya kepimpinan yang utuh dalam konteks Malaysia Madani.
Majlis Penutup dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Abdul Razak Bin Haji Kechik selaku Pengerusi YAATIM


